Wednesday, 31 January 2018

Dalil


Hadis Rasulullah Sebagai Peringatan
Rasulullah SAW telah menitipkan pesanannya buat para sahabat dan umat Islam zaman berzaman melalui hadis yang diriwayatkan oleh Al-Timidzi dan Muslim:
"Dari Amru bin Maimun r.a pada suatu hari Rasulullah SAW telah menyampaikan sabdanya yang bermaksud: Rebutlah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara iaitu
  • Masa mudamu sebelum datangnya hari tua,
  • Masa sihatmu sebelum datangnya masa sakit,
  • Masa kayamu sebelum datangnya masa miskin,
  • Masa lapangmu sebelum datangnya masa sibuk,
  • Masa hidup sebelum datangnya malaikat mencabut nyawa."



Objektif

Objektif Penulisan 
1. Memahami definisi pengurusan masa.
2. Mengetahui kepentingan pengurusan masa.
3. Memahami langkah-langkah menguruskan masa.
4. Mengetahui punca pembaziran masa.
5. Memahami keburukan tidak menguruskan masa.

Definisi


Definisi Pengurusan Masa
  • Pengurusan masa secara umumnya didefinisikan sebagai proses merancang, mengatur dan memperuntukkan masa bagi melaksanakan sesuatu tugas agar dapat membuahkan hasil yang berkualiti. Ia juga dapat ditakrifkan sebagai proses penyesuaian peruntukan masa dengan pelaksanaan tugasan agar hasil tugasan lebih berkualiti dan di samping itu dapat meningkatkan produktiviti.
  • Pengurusan masa memerlukan pengetahuan, kemahiran, teknik dan kaedah yang tertentu. Namun yang paling penting adalah faktor sikap kecendurangan individu terbabit kepada 'sense of urgency'. Faktor sikap inilah akhirnya yang menjadi kepada kejayaan atau kegagalan seseorang merancang, melaksana dan menyempurnakan tugas yang diamanahkan serta pada masa yang sama mencapai objektif yang disasarkan.

Pesanan


Kenapa Allah menyuruh Menjaga Masa?
Masa itu emas.
Ungkapan Melayu dahulu kala sering mengaitkan masa dengan emas. Masa itu emas. Mungkin pada masa dahulu, emas ini tampak berharga dari segalanya. 
Benarkah sampai begitu sekali?
Ada juga yang mengatakan masa ini lebih berharga daripada emas. Logiknya, emas yang hilang mungkin boleh dicari dan diganti semula akan tetapi, bagaimana pula dengan masa?
Sedetik yang berlalu belum tentu boleh diganti dan dicari semula, Itulah asbabnya masa ini terlalu berharga untuk dibuang dan dibazirkan begitu sahaja.
As-Syahid Hassan Al-Banna pula jelas mengaitkan masa dengan kehidupan:
"Masa adalah sebuah kehidupan. Dan kehidupan itu adalah masa yang dia habiskan bermula pada saat kelahiran hingga ke saat kematiannya."
Manusia ini seringkali terleka dengan masa lapang dan mudah saja lalai dengan kehidupan fana. Kadang kala sudah bertekad untuk menggunakan masa dengan baik, namun akhirnya kecundang jua, jalan pembaziran yang menjadi pilihan untuk dilalui. Begitulah hakikat makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT di muka bumi ini.
Sesungguhnya, Allah SWT telah berjanji dengan masa:
"Demi masa. Sungguh manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. (Surah al-'Asr, ayat 1 hingga 3)"
Allah SWT telah memperingatkan kita akan kepentingan masa melalui kalamnya iaitu kitab al-Quran. Melalui ayat diatas, kita ketahui manusia akan terus berada dalam kerugian kecuali bagi orang mukmin yang sedar akan kepentingan masa lalu menggunakan masa tersebut untuk melakukan kebajikan dan kebaikan serta memberi peringatan untuk manfaat diri sendiri dan masyarakat sekeliling secara umumnya.
Namun, berapa ramaikah yang mengambil pengajaran dari ayat diatas?


Kepentingan


Kepentingan Pengurusan Masa
  • Pengurusan yang berkesan mampu membuatkan kita menyusun aktiviti yang ingin dilakukan dengan cara terancang.
  • Ketepatan masa dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan mampu menghasilkan tugasan yang berkualiti.
  • Dapat membentuk disiplin yang terpuji.
  • Seseorang itu dapat memupuk sifat menepati masa jika mereka mampu menguruskan masa dengan berkesan.
  • Pembahagian masa yang tersusun juga mampu menjadikan seseorang itu patuh  pada peraturan yang telah ditetapkan. 
  • Pakar motivasi pendidikan, Dr. Ismail Zain sering mengingatkan pelajar sekolah supaya bijak merancang masa kerana kecermelangan datang daripada pengurusan masa yang berkualiti.

Langkah


Langkah-Langkah Menguruskan Masa Dengan Berkesan
  • Budayakan tabiat suka mencatat - Budaya suka mencatat sangat membantu meringankan beban fikiran kita. Ia juga dapat memastikan idea tidak dibazirkan hanya kerana lupa, sebaliknya idea yang tidak datang selalu dapat dikembangkan dengan baik. Amalkan membawa buku catatan kecil dan pen kemana-mana sahaja untuk mencatat.
  • Susun tugas mengikut keutamaan - Menyusun tugas mengikut keutamaan menjadikan diri lebih fokus disamping dapat menjimatkan masa. Kaedah Fiqh Awlawiyyat dijadikan panduan.
  • Bezakan tugasan utama dan tugasan sampingan - Elakkan daripada mencampur- adukkan tugasan utama dan tugasan sampingan.Rujuk senarai tugas yang disediakan.
  • Rancang jadual kerja - Rancang jadual kerja mengikut minggu dan bulan. Peruntukkan waktu untuk merancang kerja dan menyemak kembali pencapaian setiap minggu.
  • Berfikir sebelum bertindak & Belajarlah berkata tidak - Amalkan berfikir sebelum bertindak dan memberikan sebarang persetujuan. Manusia dipegang pada janji dan kerana mudah menerima dan berjanji, maka ramai yang merasa terbeban untuk memenuhinya. Belajarlah untuk berkata tidak kepada perkara-perkara yang dirasakan tidak perlu dan membazirkan masa.

Video



Video berkaitan Pengurusan Masa
Selamat Menonton :)

Video ini menunjukkan bahawa kita seharusnya mengamalkan prinsip menguruskan masa. Jika kita tidak menguruskan masa dengan baik, kita akan jadi seperti Boboiboy dan Gopal di dalam video diatas. Kita akan menjadi orang yang paling rugi kerana tidak menghargai masa yang ada :)


Isu


Isu Berkaitan Pengurusan Masa

Kalian boleh baca di sini :
Tekan tajuk tu je :)

Punca


Punca Pembaziran Masa
  • Ada manusia yang mampu menguruskan masa dengan baik sehinggakan setiap detik masa yang ada diinfakkan untuk melakukan kebaikan dan memperolehi redha daripada Allah SWT.
  • Ada juga manusia yang tidak tahu menghargai masa dan selalu menghabiskan masa untuk perkara yang menggembirakan hati mereka.
  • Ada manusia juga yang mampu menggunakan masa dengan baik pada mulanya, tetapi tidak kekal lama, akhirnya kembali meneruskan tabiat yang lama. Persoalannya, mengapakah perkara ini sering terjadi?
" Iman itu kadang naik kadang turun, maka perbaharuilah iman kalian dengan LA ILAHA ILLALLAH." (HR Ibn Hibban)
Inilah antara sebab mengapa manusia seringkali culas dengan pengurusan masa ;
  • Imannya kadangkala turun dan naik. Tidak tetap. Perkara inilah yang perlu kita akui sebagai insan yang lemah dihadapanNya. Perlu diingatkan juga, walaupun iman ini sentiasa naik dan turun, namun kita punyai pilihan sama ada untuk meningkatkannya atau mengurangkannya. Oleh sebab itulah di dalam hadis ini, kita disarankan supaya sentiasa memperbaharui iman kita. Apabila iman sudah tetap dihati, maka pengurusan mengenai masa bukanlah masalah terbesar yang perlu dihadapi.
  • Manusia ini mempunyai hati yang mudah berbolak-balik. Mungkin di siang hari, kita senang untuk melakukan kebaikan, tetapi tiba di malam hari, kita berubah dan lebih tega untuk melakukan maksiat. Begitulah manusia yang mempunyai hati tidak tetap dan sering kali berubah.
Allah SWT berfirman : "Dan kami bolak-balikkan hati mereka dan penglihatan mereka." (Surah Al-Annam, Ayat 110)
  • Semakin tetap hati kita, semakin sukar untuk kita jatuh dan tergelincir ke kancah maksiat. Namun, bukan mudah untuk tetapkan hati.
Nabi Muhammad SAW selalu mengamalkan doa, "Wahai Rabb yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku pada agamaMu."
"Jika Nabi yang tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan, sering meminta agar ditetapkan hati, apatah lagi kita yang tidak pernah gagal untuk melakukan dosa, sudahkah doa ini dilazimi di bibir kita?"

Kesan


Kesan Mengabaikan Pengurusan Masa
  • Banyak kerja tidak dapat diselesaikan
    - Apabila sesuatu kerja perlu diselesaikan juga tidak kira apa sebab atau keadaannya maka kerja-kerja lain perlu ditangguhkan. Kesannya, semua kerja-kerja penting yang lain juga terpaksa ditangguhkan dan tidak dapat diselesaikan tepat pada masanya. Ini akan menambahkan beban kerja anda. Jadi anda perlu fikirkan bahawa sesuatu kerja yang tidak dapat diselesaikan akan mendatangkan kesan kepada kerja-kerja lain.
  • Tekanan
    - Anda akan merasa tertekan jika kerja yang perlu disiapkan tidak dapat disiapkan dan banyak kerja-kerja lain yang perlu diselesaikan dan juga yang sedang menanti. Kerja yang banyak dan perlu disiapkan juaga akan mengakibatkan tekanan kepada diri anda. Selagi kerja itu tidak selesai, selagi itu anda tidak akan tenang kerana orang diatas anda sering bertanya tentang perkembangan kerja tersebut.
  • Tiada masa untuk rehat
    - Kerja yang bertimpa-timpa tidak memberi peluang untuk anda berehat jika ia tidak disusun dan dirancang mengikut keutamaan. Selesaikan satu kerja terlebih dahulu sebelum melakukan kerja seterusnya. Sebelum membuat kerja, rancang apapa yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan kerja itu terlebih dahulu. Tanpa pengurusan masa, kerja-kerja anda tidak dapat diatur dengan baik dan anda tidak berpeluang untuk berehat.

Kesimpulan


Kesimpulan
Ramai manusia yang celik akan kepentingan masa tetapi buta akan cara menggunakannya. Jadi, perkara ini akan merugikan diri kita sendiri. Belajarlah cara menawan masa dan janganlah biarkan diri kita ditawan pula oleh masa.
"Dua nikmat yang ramai manusia tertipu, iaitu nikmat sihat dan masa lapang."(Riwayat Bukhari)
Antara kita dengan masa, siapakah lebih cilik?
Tanya diri kita sendiri, moga beroleh petunjuk Ilahi. Wallahualam.

Rujukan


Rujukan
  • http://www.masuk-islam.com/dalil-tentang-perintah-untuk-memanfaatkan-waktu-sebaik-baiknya.html
  • https://uniprof.wordpress.com/
  • http://akuislam.com/blog/renungan/pengurusan-masa-terbaik/
  • https://www.scribd.com/document/339391359/Kepentingan-Pengurusan-Masa
  • Fakulti Pengurusan, Universiti Pengurusan Profesional, Malaysia.